Friday, October 5, 2007

Apa Yang Saya Pelajari Daripada Internet?

Apa Yang Saya Pelajari Daripada Internet?

Mengapa melayari internet? Apa yang kita pelajari daripada internet? Adakah melayari internet itu membuang masa? Ini soalan biasa yang ditujukan kepada pelayar-pelayar internet.

Jawapannya ialah 'Ya' atau 'Tidak'. Hanya pelayar internet sahaja yang tahu jawapan bagi semua soalan-soalan diatas.

Saya seorang yang berpelajaran tinggi dan terdiri daripada golongan profesional menganggap melayari internet memberi faedah kepada diri saya sendiri.

Pertama: ia menambahkan pengetahuan saya dalam bidang yang paling saya minati iaitu: online business atau dalam Bahasa Melayu ialah bisnes dalam talian.

Kedua: ia menambahkan rakan-rakan daripada seluruh dunia yang senada dengan minat saya iaitu: bisnes online

Ketiga: ia secara tidak langsung menambahkan pendapatan pasif saya setiap bulan tanpa bekerja. Ini kerana bisnes saya bekerja 24 jam sehari tanpa henti ke seluruh dunia. Dan saya tidak perlu memantau setiap masa! Apa yang patut saya lakukan daripada masa ke semasa ialah promosi, promosi, promosi yang dibuat secara percuma ke dalam search engine, key in ke dalam free classified yang beribu-ribu dalam internet dan aktif dalam forum-forum.

Bisnes Pintar

Soalannya ialah apakah bisnes yang paling sesuai dengan jiwa saya? Ini kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam bisnes. Modal pun tak banyak, maklumlah berkerja makan gaji.

Apakah dimaksudkan dengan bisnes pintar? Bisnes pintar dalam taksiran saya ialah:

Pertama: bisnes yang berupaya mendatangkan keuntungan tanpa batasan

Kedua: bisnes di mana produknya digunakan oleh kebanyakan orang

Ketiga: bisnes yang produknya sentiasa digunakan. Contohnya bisnes makanan, bisnes akbar, bisnes kedai runcit, bisnes stesyen petrol.

Keempat: bisnes bukan fizikal. Contohnya: khidmat perunding, memberi tusyen,mengambil komisyen menjual kereta terpakai, bisnes broker. Semua bisnes ini tidak ada barang yang dipegang. Ini bermakna tidak ada kos pegangan (holding cost) dan tidak ada kos penyimpanan.

Kelima: bisnes untuk kegunaan dunia - tanpa mengira negara, bangsa, keturunan dan lokasi

Keenam: bisnes yang duduk dirumah. Tidak perlu ada pejabat. Jadi tidak ada kos penyewaan.

Ketujuh: bisnes yang tidak perlu pekerja. Hanya saya seorang. Jadi tak perlu pening cari pekerja dan tak pelu tanggung kos sakit pening pekerja.

Kelapan: bisnes

Abd Rahaman Rasid


How to Start Online Business?

Laman Web, Link dan Pautan Terbaik Di Malaysia Untuk Penulisan dan Bisnes

Laman Web, Link dan Pautan Terbaik Di Malaysia Untuk Penulisan dan Bisnes InTrend Malaysia Mingguan Wanita Summerglitz DROPSHIP...